fbpx




Bacfree IC Water Filters for Commercial Buildings, the Best Professional Water Filter. More than 1,000 installations nationwide, when is your turn?

Sistem Penapisan Air Berpusat Siri IC

Industri / Komersial / Kediaman

Sistem Penapisan Air Media Siri-IC Bacfree dibangunkan sebagai satu cara menyediakan titik masuk dan penapisan air khusus yang berkesan kos, cekap dan boleh dipercayai.

Siri penapis ini direka bentuk untuk menyediakan air yang bersih, jernih dan selamat selaras dengan protokol air minuman Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau protokol air proses industri dari sumber air bekalan awam atau sumber air tidak terawat untuk kegunaan kediaman, komersial dan industri.

Penapis Air Siri-IC akan memenuhi keperluan penapisan air anda yang ketat dan memastikan kualiti, kelancaran operasi dan penyelenggaraan yang terbaik.

Siri penapis ini juga boleh direka bentuk mengikut pesanan dan pra-tereka bentuk untuk memenuhi sebarang keperluan penggunaan yang khusus dari mana-mana sumber air.

Bacfree Centralized Water Filtration System. A multi medium filter (MMF) which consists of 6 layers of medias - activated carbon, anthracite, quartz sand, and special stone, acting as a physical and chemical filtration

Sistem Penapisan Berpusat Siri-IC Bacfree adalah penapis pelbagai media (MMF) yang terdiri daripada 6 lapisan media – karbon teraktif, antrasit, pasir kuartza (halus, sederhana dan kasar) dan batu khas yang bertindak sebagai penapis fizikal dan kimia.

Karbon teraktif melakukan penyerapan kimia terhadap warna, rasa, bau dan kimia organik yang tidak elok.

Tambahan lagi, 50 – 60% daripada klorin disingkirkan dan baki yang secukupnya dikekalkan dalam air untuk disinfeksi saluran paip dan tangki air.

Akhir sekali, mendapan dan zarahan akan ditapis sehingga sehalus 5 mikron oleh antrasit dan pasir kuartza.

Lapisan media:

  • Karbon Teraktif Berbutir
    • Penyerapan kimia
    • Menghilangkan rasa, warna & bau busuk
    • Menghilangkan sebahagian klorin & kimia organik
  • Antrasit & Pasir Kuartza Halus
    • Penapisan fizikal
    • Proses penggumpalan sehingga 5 mikron
    • Menapis mendapan, karat, kelodak
  • Pasir Kuartza Sederhana & Kasar
    • Lapisan dasar yang menyokong penapisan bagi memastikan cucian semula yang berkesan
  • Batu Khas
    • Perlindungan bawah paip saliran

Air yang bersih, jernih dan berkualiti mestilah bebas daripada bendasing, agen-agen patogen dan tiada bau dan rasa tidak enak.

Penulenan air adalah satu cabaran yang dialami oleh semua manusia.

Tuntutan-tuntutan ini dipenuhi oleh pelbagai sistem rawatan air dan air sisa Bacfree.

Bacfree IC-Series Centralized Water Filter System

Bacfree menjamin pelbagai produk dan sistem yang berkualiti tinggi dan boleh dipercayai melalui satu sistem jaminan kualiti bersepadu yang telah diwujudkan dan berterusan dipertingkatkan sepanjang tempoh melebihi 35 tahun.

Di Bacfree, anda dijamin mendapat perkhidmatan yang cepat dan profesional, tanda satu rakan kongsi yang telah lama terbukti boleh dipercayai.

Bacfree komited dalam matlamat untuk mencapai kecemerlangan dalam teknologi, penghasilan produk dan perkhidmatan rawatan air dan air sisa.

Kami sentiasa berusaha untuk mewujudkan sinergi dan tambah nilai kepada projek-projek pelanggan kami.

Izinkan kami membantu anda dalam usaha anda ke arah kecemerlangan serta dalam membina sebuah perniagaan yang sinonim dengan kualiti dan nilai.

Bacfree IC Water Filters for Commercial Buildings, the Best Professional Water Filter. More than 1,000 installations nationwide, when is your turn?