Hotel besar? Restoran dan kafe yang sibuk? Pengilang kecil?
Ada Penapis Air Horeca yang sesuai untuk anda.
Direka khusus untuk industri Makanan dan Minuman (F&B) seperti restoran dan kafe di Malaysia, proses penapisan dan penulenan air termaju kami memberikan air minum yang jernih dan selamat terus dari pili.
Kualiti Terbukti
Lindungi Pelaburan Anda
Pastikan peralatan restoran dan kafe anda bebas daripada bahan cemar berbahaya
Jaminan 12 bulan
Sistem Yang Teguh
Tugas berat
Kadar aliran tinggi
Aliran serta-merta
Air minum untuk restoran dan kafe anda pada bila-bila masa
Penyelenggaraan Mudah
Penyelenggaraan ringkas
Memerlukan penggantian dan penyelenggaraan penapis yang minimum
Perkhidmatan yang boleh dipercayai
Tidak perlu diselenggara setiap hari. Hanya pasang dan dapatkan air diminum terus setiap hari
Kebanyakan masalah kualiti air tidak dapat dikesan dengan sensori manusia
Walau bagaimanapun, anda boleh menyakini bahawa masalah tersebut telah ditangani, oleh itu anda boleh menikmati air yang selamat dan bersih untuk restoran dan kafe anda pada bila-bila masa, dengan fikiran yang tenang.
Kekeruhan
Menyingkirkan karat, mendapan, kelodak dan pepejal terampai lain
Warna, Rasa dan Bau
Menyingkirkan tanin, hidrogen sulfit, klorin dan produk-produk sampingan
Kimia Organik
Menyingkirkan racun herba, racun perosak, baja, buangan industri dan sisa domestik
Bakteria, Virus dan Parasit
Menyingkirkan E-coli, Salmonela spp, Hepatitis, Influenza, Rotavirus, Giardia dan Cryptosporidium
Dapatkan air bersih daripada setiap pili di dapur dan bar anda. Sama ada di hotel, restoran atau kafe, Penapis Air Siri Horeca Bacfree membantu perniagaan anda beroperasi tanpa masalah – air berkualiti tinggi dan sedap pada setiap masa.
Mesin Pembuat Kopi | Mesin Basuh Pinggan Mangkuk | Pembuat Ais | Ketuhar | Dispenser Minuman | Pancuran Air | Pendidih Air | Paip Singki
Direka khusus untuk industri F&B di Malaysia, penapis air Horeca telah disahkan Halal, oleh itu pelanggan anda boleh makan dengan tenang di restoran, kafe dan hotel anda.
Siri Horeca direka khusus untuk keperluan industri F&B Malaysia di hotel, restoran dan kafe.
Proses penulenan termajunya memberikan air yang jernih dan boleh diminum terus dari pili.
Penurasan Pelbagai Media | Penapisan-UV | Penurasan Karbon | Penapisan Mendapan
Air yang Bersih dan Jernih, Sentiasa Tersedia
Tonton video ini untuk melihat bagaimana Sistem Disinfeksi UV dalam Penapis Air Horeca berfungsi!
Mari Lihat di dalam Sistem Horeca
Keluli Tahan Karat Gred Makanan SUS 304
Rintang kakisan dan badan tahan lasak
Tolok Tekanan Salur Keluar
Mengukur dan menunjukkan tekanan air selepas ditapis
Tolok Tekanan Salur Masuk
Mengukur dan menunjukkan tekanan air sebelum ditapis
UV
Membunuh 99.99% bakteria, virus dan parasit seperti E. Coli, Cryptosporidium, Giardiar
Polipropilena
Menyingkirkan mendapan dan partikel terampai
Karbon Teraktif
Menghilangkan klorin, kimia organik, rasa dan bau
Ideal untuk kafe dan kedai makan kecil, memastikan air minuman yang selamat dan boleh dipercayai serta menghasilkan minuman yang lebih sedap.
Ideal untuk restoran, kafe dan dapur bersaiz sederhana hingga besar untuk meningkatkan prestasi.
Ideal untuk kegunaan industri seperti hotel dan kilang untuk air yang lebih selamat dan lebih sihat, dengan cara kos berkesan.
Penyelesaian tanpa kerisauan apabila anda memerlukan air boleh diminum sentiasa tersedia.
Sistem titik masuk ini menggunakan teknologi melapis dasar penapis pelbagai media Bacfree proprietari untuk memberikan air bersih pada bila-bila masa dan di mana sahaja anda memerlukannya.
Kami bukanlah pihak yang menentukan sama ada sijil Halal diperlukan atau tidak.
Proses-proses pengesahan Halal oleh pegawai-pegawai kerajaan adalah ke atas proses pembuatan produk yang terlibat dalam proses penyediaan untuk F&B.
Dalam kes kami, pensijilan adalah untuk bahan-bahan penapis yang digunakan dalam produk-produk kami seperti sumber karbon (bahan mentah seperti tempurung kelapa), proses pengilangan polipropilena, dsb.
Ini membantu pelanggan-pelanggan F&B kami yang ingin menyediakan makanan dan minuman yang disahkan Halal di dapur premis mereka dari semua aspek, termasuk proses penapisan air sebelum menggunakannya dalam masakan dan minuman.
Kami tidak mengenakan bayaran kepada pelanggan-pelanggan kami untuk pensijilan Halal.
Kami mengambil inisiatif untuk mendapatkan sijil Halal bagi penapis F&B kami untuk pelanggan-pelanggan berpotensi dalam industri F&B yang mungkin memerlukannya.
Namun begitu, harga penapis-penapis kami kekal sama sebelum dan selepas disahkan Halal.
Penapis Horeca kami yang dijual kepada pelanggan F&B adalah terikat dengan kontrak perkhidmatan dan unit-unit penapis tersebut tidak boleh dijual semula sebagai unit terpakai.
Kami juga mengumpulkan semula penapis yang tidak dikehendaki jika pelanggan kami memutuskan untuk berhenti menggunakan penapis tersebut kerana pengubahsuaian, penutupan, dsb.
Untuk mendapat pengesahan Halal, Jakim dan badan-badan kerajaan mempunyai SOP mereka dan kriteria untuk meneliti dan memeriksa.
Ini boleh termasuk proses pembuatan, proses pemasangan, bahan-bahan dan mesin-mesin yang digunakan, dsb.
Kami mematuhi SOP dan kriteria yang ditetapkan oleh Jakim supaya produk-produk kami boleh digunakan oleh rakan-rakan Muslim kami tanpa rasa risau.
Proses Pensijilan Halal Malaysia tidak mensyaratkan bahawa Bukan Muslim tidak boleh langsung terlibat dalam proses pembuatan (untuk maklumat lanjut, sila rujuk garis panduan kerajaan rasmi kami: http://www.halal.gov.my/v4/index.php ).
Hakikatnya, data daripada Jakim pada 2019 melaporkan bahawa 60 peratus daripada pengeluar yang memiliki sijil Halal adalah bukan Muslim. (https://www.malaysiakini.com/news/490998 ).
Sumber air di premis-premis atau kawasan yang disediakan oleh majlis perbandaran masing-masing, tidak berada di bawah bidang kuasa kami.
Walau bagaimanapun, apa yang kami lakukan ialah memastikan proses pembuatan, pemasangan dan bahan-bahan yang digunakan dalam penapis-penapis kami adalah patuh-Halal untuk memenuhi keperluan semua jenis restoran dan kedai F&B, di mana keperluan Halal mungkin lebih ketat.
Penapis-penapis Horeca kami mendapat pengesahan Halal JAKIM dan kualiti air juga telah diuji dan diperakui oleh SIRIM.
Kami mengambil langkah-langkah ini bagi memastikan pelanggan-pelanggan kami, terutamanya restoran dan penyedia F&B berasa yakin yang mereka menyediakan minuman yang mematuhi sepenuhnya keperluan pihak berkuasa.
Kami bukanlah pihak yang menentukan sama ada sijil Halal diperlukan atau tidak.
Proses-proses pengesahan Halal oleh pegawai-pegawai kerajaan adalah ke atas proses pembuatan produk yang terlibat dalam proses penyediaan untuk F&B.
Dalam kes kami, pensijilan adalah untuk bahan-bahan penapis yang digunakan dalam produk-produk kami seperti sumber karbon (bahan mentah seperti tempurung kelapa), proses pengilangan polipropilena, dsb.
Ini membantu pelanggan-pelanggan F&B kami yang ingin menyediakan makanan dan minuman yang disahkan Halal di dapur premis mereka dari semua aspek, termasuk proses penapisan air sebelum menggunakannya dalam masakan dan minuman.