fbpx

Air Pintar, Kehidupan Lebih Pintar

Katakan Hello kepada Penapis Air Luar Rumah Pintar dengan Cucian Semula Automatik

Luna Pro & Luna Lite

Penapis air luar rumah terbaik, yang terbaharu daripada Bacfree.

Adakah anda sentiasa lupa untuk melakukan cucian semula penapis air luar rumah anda?

Siri Luna dilengkapkan dengan sistem penapisan berautomatik yang termasuk cucian semula automatik dengan tetapan boleh disesuaikan.
Pra-set tarikh dan masa pada bila-bila masa yang anda mahu.

Skrin Sentuh Antara Muka

Mempunyai lebih banyak interaksi langsung dengan Penapis Air Luar Rumah Pintar Siri Luna.

Mod Cuti

Dengan Mod Cuti, satu cara mudah untuk tidak risau semasa anda tiada di rumah.

Kadar aliran Penapis Air Luar Rumah Siri Luna berupaya membekalkan air ke seluruh rumah (rumah teres dua tingkat atau banglo) tanpa kehilangan tekanan.

Luna Pro menyediakan kadar aliran air yang berkesan walaupun pada waktu puncak.

Luna Lite memastikan kualiti air yang mencukupi untuk membekalkan air bagi kegunaan rumah berskala-kecil.

24 Months Warranty for Luna Series Outdoor Water Filter

Jaminan 2 tahun untuk media penapisan, kasing penapis dan peranti elektronik.

Details Of 6 Layers Luna Filtration Media

Media Luna

Penapisan pelbagai media (MMF) yang menjadi tanda dagangan Bacfree mengandungi karbon, antrasit, pasir kuartza dan batu, dengan tambahan penapis KDF baharu yang menyingkirkan logam berat daripada air.

KDF + MMF

Apa itu KDF?

Media penapisan, Aliran Degradasi Kinetik (KDF), mengandungi butir-butir tembaga-zink yang sangat tulen, yang menyingkirkan logam berat dalam air melalui tindak balas pengurangan oksidasi (redoks).

Mari tonton video mengenai Penapis Air Luar Rumah Siri LUNA ini.

Masih ingat tak bagaimana penggantian media penapis sentiasa membuat keadaan bersepah semasa menuang karbon dan antrasit?
Dengan Siri Luna, keseluruhan silinder penapis diganti dengan penapisan media serba baharu, oleh itu tidak lagi bersepah untuk menuang media penapis.

Kami menyediakan laporan ujian air selepas pemasangan untuk menguji beberapa parameter air.

Ujian-ujian air rasmi dijalankan secara profesional di makmal dalaman Bacfree.

Siri Luna dilengkapi dengan sistem penapisan berautomatik yang termasuk cucian semula automatik dengan tetapan yang boleh disesuaikan, mod cuti, antara muka skrin sentuh dan peringatan jangka hayat penapis.

Produk LUNA LITE LUNA PRO
Isipadu 33 L 51 L
Kadar Aliran 1.2 (m3/jam) 1.5 (m3/jam)
Dimensi 316mm (L) x 358mm (W) x 861mm (H) 316mm (L) x 358mm (W) x 1220mm (H)
Ruang Pemasangan Disyorkan 450mm (L) x 450mm (W) x 1300mm (H) 450mm (L) x 450mm (W) x 1700mm (H)
Berat Karbon Teraktif 9.0kg 16kg
Saiz Tangki 10 x 26 10 x 40
Tekanan Air 1.4 – 3.5 Bar 1.4 – 3.5 Bar
Saiz Paip ¾” ¾”

EVO

 

Evolusi Penapis Air Luar Rumah.

Penapis air luar rumah dinding-lekap yang pertama untuk gaya hidup moden anda.

Evo dilengkapi dengan sistem berautomatik yang termasuk cucian semula automatik dengan tetapan yang boleh disesuaikan dan peringatan jangka hayat penapis.

Penapis Air Luar Rumah Kondo Pintar Evo Bacfree untuk Penapisan Seluruh Rumah.
Evo direka khusus untuk bangunan tinggi, apartmen dan kondominium.

Wall-mounted Outdoor Water Filter
Compact and save space of Evo outdoor water filter
Evo Series Outdoor Water Filter with no pressure loss
Filtration Media of Evo Smart Outdoor Water Filter

Evo mempunyai sistem penapisan yang kompak namun berkesan, mengandungi 2 silinder penapis karbon dengan tambahan penapis KDF baharu yang menyingkirkan logam berat daripada air.

Juga, tiada lagi masalah kotor dan bersepah untuk menggantikan media penapisan kerana keseluruhan silinder penapis akan diganti.

Penapisnya mudah diselenggara dengan sistem cucian semula auto yang mencuci penapis dan hanya perlu menggantikan bejana dalam sela 2 tahun – suatu pengalaman menyelenggara penapis yang menyenangkan.

24 Months Warranty for Luna Series Outdoor Water Filter

Jaminan 2 tahun untuk media penapis, kasing penapis dan peranti elektronik.

Penapis terbaik di pasaran sesuai untuk penghuni kondominium.

Produk EVO
Isipadu 10 L
Kadar Aliran 1.5 (m3/jam)
Dimensi 432mm (L) x 205mm (W) x 580mm (H)
Ruang Pemasangan Disyorkan 700mm (L) x 300mm (W) x 900mm (H)
Berat 19kg
Tekanan Air 1.5 – 3 Bar
Saiz Paip ¾”

Penapis Luar Rumah Siri ER

Perintis dalam Penapisan Air semenjak 1982.

Pakar dalam Kebolehpercayaan sehingga Hari Ini.

Penapis air luar rumah Bacfree adalah pilihan terbaik untuk anda jika anda inginkan air tapis yang bersih di rumah dari setiap pili, untuk kegunaan luar rumah, di dapur, makanan dan minuman, dobi atau kebersihan diri dan mandi.

Penapis Luar Rumah Siri ER

Menghilangkan Kekeruhan dan Pepejal Terampai
Karat, mendapan, kelodak dan lain-lain sekecil 5 mikron

Menyingkirkan Kimia Organik
Racun herba, racun perosak, baja, buangan industri, najis dan sisa domestik

Menghilangkan Rasa, Bau dan Warna Yang Tidak Diingini
Tanin, klorin dan produk sampingan

Penapis Luar Rumah Siri ER dibuat untuk tahan lama

Penapisan Berpusat Berkuasa
Menyediakan air bersih dari setiap pili

Sistem yang Kukuh
Teguh bertahan dalam semua keadaan cuaca

Prestasi Terbukti
Lebih 15,000 unit terjual

Sistem Kawalan Injap-Sel Berpaten
Pengendalian mudah dan boleh dipercayai

Teknologi British dalam Penapisan Air Semenjak 1982
Jaminan kualiti dan boleh dipercayai dengan sejarah yang kaya dan inovasi berterusan selama bertahun-tahun

Kasing Keluli Tahan Karat Gred Makanan 304 untuk Penapis Air Anda
Bukan sebarang keluli tetapi keluli tahan karat berkualiti premium pada gred makanan yang disahkan untuk memastikan yang terbaik untuk kesihatan dan kesejahteraan anda

Bagaimanakah Cara Memilih Penapis Air Terbaik untuk Rumah saya?

Bacfree ER19M Model of Bacfree Outdoor Water Filter
Bacfree ER19SM Model of Outdoor Water Filter
Bacfree ER28 Model of Outdoor Water Filter

Teorinya mudah. Lagi tinggi isipadu bejana penapis dalam sebuah penapis air, lagi bersih air tersebut kerana terdapat lebih banyak ruang untuk proses penapisan berlaku di dalam tangki.

Disusun dari isipadu paling rendah kepada yang paling tinggi,

Model Penapis Isipadu Bejana Kualiti Air
ER19M 48 Liter <5 NTU
Luna Pro 51 Liter <5 NTU
ER19SM 66 Liter <3 NTU
ER28M 130 Liter <1 NTU

*Apa itu NTU? NTU ialah ukuran tahap kekeruhan dalam air, iaitu setakat mana jernihnya air itu. Lagi rendah nilai NTU, lagi bersih air tersebut.

Nikmati rasa tenang sementara AI menguruskan penapisan, melakukan cucian semula dan proses pemulihan secara automatik. Hanya perlu tetapkan jadual dan biarkan ia bekerja sendiri.

Penapis keluli tahan karat pelbagai media automatik penuh dengan Modul Kawalan Injap Automatik Maju (AAVAC) dan PLC, litar bersepadu, sistem injap 316 keluli tahan karat CEL proprietari Bacfree dan aktuator elektrik AMACEL Bacfree untuk mengawal penapisan, proses-proses cucian semula /pemulihan menggunakan injap kawalan automatik, berdasarkan masa, penggunaan air atau permulaan secara manual.

Bagaimanakah penapis air luar rumah siri-ER berfungsi?

Penapisan Kuartza Pelbagai Media
Penapis pelbagai media terdiri daripada karbon teraktif berasaskan arang, antrasit dan/atau kuartza halus untuk penapisan halus mendapan, warna, klorin berlebihan dan pepejal terampai sehingga sekecil 5 mikron.

ER Series Outdoor Water Filter Filtration System

Dari penapis di dalam hingga kepada kasing di luar, penapis air luar rumah siri ER dibuat dengan kualiti dan mampu bertahan lama.

  • Kasing Keluli Tahan Karat SUS 304
    Untuk rintangan kakisan dan ketahanan terbaik
  • Injap CEL Keluli Tahan Karat
    Teknologi berpaten British yang menyediakan kaedah tahan lama.
  • Karbon Teraktif
    Menghilangkan rasa tidak enak, warna, bau, klorin, produk sampingan, jirim organik
  • Antrasit
    Menyingkirkan penggumpalan, karat, mendapan halus
  • Pasir Kuartza Halus
    Menapis mendapan halus sekecil 5 mikron
  • Pasir Kuartza Sederhana & Kasar & Kristal
    Dasar yang menyokong penapisan, memastikan cucian semula yang berkesan
  • Batu Khas
    Untuk perlindungan saliran bawah turas
  • Sistem Cucian Semula
    Penapis-penapis mudah diselenggara.
    Bergantung kepada penggunaan dan keadaan air, hanya cucian semula sekali seminggu.
Model Kadar Aliran Maks Saiz Sambungan Dimensi Isipadu Bejana Penapis Ruang Untuk Pemasangan
ER19M 2.0m3/jam 3/4″ DN20 71/2 Dia x 66.5Ht inci
(19 Dia x 168.9Ht sm)
48 Liter 18” x 18” x 67.5”
(46.7sm x 45.7sm x 171.5sm)
ER19S/SM 2.5m3/jam 3/4″ DN20 81/2 Dia x 70.5Ht inci
(21.6 Dia x 179Ht sm)
66 Liter 20” x 20” x 71.5”
(50.8sm x 50.8sm x 181.6sm)
ER28S/M 3.5m3/jam 1″ DN25 12 Dia x 71.5Ht inci
(30.5 Dia x 181.6Ht sm)
130 Liter 24” x 24” x 72.5”
(61sm x 61sm x 184.2sm)

 

Penapis Air Luar Rumah Siri ER didatangkan dengan pakej jaminan komprehensif agar anda tidak perlu risau.

Warranty Details of ER Series Outdoor Water Filter

Penyelenggaraan penapis air: Bagaimana mencuci dan menyelenggara penapis air luar rumah saya

Penapis untuk Siri-ER mudah diselenggara.

Bergantung kepada penggunaan dan keadaan air, hanya cucian semula sekali seminggu.

Injap-injap pada penapis air dilabelkan dengan 1, 2 dan 3 supaya anda boleh merujuknya dengan mudah.

Untuk melakukan cucian semula,

Langkah 1: Tutup Injap 2
Langkah 2: Tutup Injap 1
Langkah 3: Buka Injap 3
Langkah 4: Curah air ke atas mendapan dan karat yang terkumpul sehingga bersih.
Langkah 5: Tutup Injap 3
Langkah 6: Buka Injap 1
Langkah 7: Buka Injap 2

Kami menyediakan satu senarai video untuk memudahkan anda faham, tontonlah!

Bagi media penapisan, lapisan karbon dan antrasit hendaklah diganti setiap 5 tahun.

Dan lapisan Pasir Kuartza dan Batu Khas hendaklah diganti setiap 10 tahun.

Lapisan Karbon

  • Jangka hayat – 5 tahun
  • Media yang perlu diganti – Karbon teraktif berbutir, Antrasit
  • Kemampuan media – Menghilangkan:
    • Rasa tidak enak
    • Klorin
    • Warna
    • Kimia Organik

Media Penuh

  • Jangka hayat – 10 tahun
  • Media yang perlu diganti
    • Karbon teraktif berbutir
    • Antrasit
    • Kuartza Halus
    • Kuartza Sederhana
    • Kuartza Kasar
    • Batu Khas
  • Kemampuan media – Menghilangkan:
    • Mendapan
    • Warna
    • Klorin
    • Pepejal terampai sekecil 5 mikron

Untuk membuat janji temu untuk menggantikan penapis anda, hubungi kami sekarang

Soalan-soalan lazim mengenai penapis air luar rumah Siri-ER

S: Mengapakah penapis anda lebih mahal berbanding dengan yang lain?

Penapis Siri-ER kami sentiasa dijual pada harga ini kerana kami menekankan kepada kualiti produk.

Kos penapis datang terutamanya daripada bahan yang digunakan dan masa yang dihabiskan untuk setiap pembuatan – untuk memastikan penapis boleh bertahan selama bertahun-tahun, malah berdekad.

Inilah sebabnya penyelenggaraan untuk penapis ER hanya perlu dilakukan sekali setiap 5 tahun, dan bukannya setiap tahun. Ramai di kalangan pelanggan kami telah menggunakan penapis ER kami selama lebih daripada 10 tahun, malah ada yang sudah 20 tahun tanpa sebarang masalah.

Anda boleh lihat sebahagian daripada maklum balas pelanggan kami yang kami kongsikan di Halaman FB kami atau di laman web kami.

S: Di manakah penapis anda dibuat?

Kami mengambil bahan-bahan terbaik dari negara-negara berlainan supaya kami tidak mengehadkan bekalan kami hanya kepada satu sumber sahaja.

Kasing keluli tahan karat SUS304 bagi ER dibuat di Thailand.

Media penurasan karbon dan antrasit dibuat di India.

Dan pasir kuartza serta batu-batu khas dibuat di Myanmar.

Semuanya dikumpulkan dan dipasang di HQ kami di Subang Jaya.

S: Apakah perbezaan antara penapis membran dan penapis MMF?

Kedua-dua penapis membran dan penapis Pelbagai Media (MMF) seperti yang ini, dengan karbon + antrasit + pasir kuartza & batu, boleh berfungsi dengan baik untuk memberikan air tapis yang bersih.

Walau bagaimanapun, untuk penapis pada titik masuk (iaitu penapis luar rumah), kami memilih penapis MMF berbanding membran. Ini ialah kerana:

1. Penapis luar rumah memerlukan kadar aliran lebih tinggi untuk memberikan air tapis bagi semua pili dalam rumah. Kadar aliran bagi penapis MMF adalah lebih tinggi berbanding membran.

2. Penapis luar rumah menapis air yang datang terus daripada sumber bekalan awam kita. Oleh yang demikian, mungkin akan terdapat lebih banyak mendapan dan jirim kecil untuk ditapis. Ini boleh menjadikan penapis tersumbat dan menyebabkan kadar aliran lebih rendah dalam penapis membran disebabkan ia lebih halus. Yang membawa kepada …

3. Penyelenggaraan dan servis untuk penapis membran adalah lebih kerap kerana sebab-sebab di atas, berbanding hanya satu kali servis setiap 5 tahun untuk penapis MMF.

4. Penapis membran adalah bagus digunakan untuk menapis partikel dan bendasing tetapi tidak untuk bahan kimia. Untuk penapis luar rumah di mana sumber air boleh mengandungi lebih banyak bendasing, karbon dan antrasit adalah bahan yang lebih baik untuk menyerap kimia seperti klorin.

Kami lebih memilih penapis membran sebagai penapis dalam rumah (titik guna), selepas penapisan di titik masuk oleh penapis luar rumah MMF, supaya kadar aliran tidak terlalu terjejas.

S: Model/Saiz penapis mana satukah yang patut saya pilih? (ER19M, ER19S/SM, ER28S/M)

Teorinya mudah. Lagi tinggi isipadu bejana penapis dalam sebuah penapis air, lagi bersih air tersebut kerana terdapat lebih banyak ruang untuk proses penapisan berlaku di dalam tangki.

Penapis Siri-ER direka khas dengan ketinggian dan lebar yang tertentu supaya aliran air mempunyai masa sentuh yang mencukupi dengan lapisan-lapisan media penurasan untuk penyerapan dan penapisan air yang terbaik.

Terdapat 3 saiz utama:

ER19M (Asas): 3 – 5 orang dalam rumah teres tengah (satu atau dua tingkat); 48 Liter
ER19S/SM (Standard): 5 – 7 orang dalam rumah teres tengah atau Semi-D; 66 Liter
ER28S/M (Premium): 7 orang dan ke atas dalam sebuah rumah Semi-D atau banglo; 130 Liter

Kebiasaannya, lagi besar isipadu bejana penapis, lagi baik prestasi proses penapisan.

Tentu sekali, ini juga bergantung kepada beberapa faktor lain, seperti:

  • berapa banyak air anda gunakan (lagi banyak penggunaan air = lagi banyak isipadu diperlukan),
  • saiz rumah anda (ER28M ialah saiz yang disyorkan untuk banglo),
  • kualiti air daripada sumber air terawat kawasan perbandaran anda (kawasan perumahan dengan sumber air berkualiti rendah memerlukan prestasi penapisan yang lebih tinggi).

Ingat, anda boleh memilih untuk meningkatkan kualiti – tetapi bukan menurunkannya.

Jika penggunaan air dalam sesebuah rumah tinggi, anda tidak harus memilih saiz penapis yang lebih kecil kerana ia akan cepat menjadi kotor dan tekanan air boleh terjejas jika kadar penggunaan air di rumah adalah tinggi.

S: Mengapakah saya perlu menukar Karbon dan Antrasit selepas 5 tahun?

Karbon dan antrasit adalah media penurasan utama dalam penapis air siri-ER.

Karbon berfungsi secara penyerapan kimia. Oleh itu ia menyerap dan menghilangkan rasa tidak enak, warna, bau, klorin, produk sampingan dan jirim organik daripada air anda.

Karbon berfungsi seperti span. Lagi banyak ia menyerap, ia akan jadi semakin tepu dan penyerapan akan terhenti selepas suatu tempoh masa.

Sebaliknya, Antrasit berfungsi secara penyerapan fizikal. Ia menyerap dan terurai semasa ia menyingkirkan karat dan mendapan halus sekecil 5 mikron.

Lama-kelamaan, isipadu antrasit akan berkurangan dan perlu diganti kerana ia tidak lagi dapat berfungsi dengan cekap seperti sebelum ini.

Untuk kedua-dua media penurasan, makmal kami telah menganggarkan jangka hayat lebih kurang 5 tahun sebelum perlu diganti.

S: Mengapakah Penapis ER saya berkarat? Bukankah ia keluli tahan karat?

Penapis siri-ER menggunakan keluli tahan karat SUS304 yang rintang karat. Ia mengandungi antara 16-24% kromium (elemen utama dalam menjadikan logam rintang karat) dan sehingga 35% nikel, serta sedikit karbon dan mangan.

SUS304 boleh menahan kakisan daripada kebanyakan asid pengoksidaan. Ciri ketahanan ini menjadikan SUS304 mudah untuk disanitasi dan ideal untuk penggunaan di dapur dan dengan makanan. Ia juga lazim digunakan dalam bangunan, dekorasi dan kemasan di tapak.

Bagaimanapun, SUS304 ada kelemahannya: ia boleh terdedah kepada kakisan akibat larutan klorida atau persekitaran bergaram seperti laut. Ion-ion klorida boleh menyebabkan kakisan setempat, atau “rongga kakisan” yang boleh merebak di bawah perintang kromium untuk menjejaskan struktur dalaman. Larutan dengan natrium klorida (garam) sebanyak 25ppm sudah boleh menyebabkan kakisan.

Jika tiada klorida, “karat” boleh menjadi cela pada badan penapis walaupun bukan badan penapis yang berkarat. Kami menawarkan khidmat menggilap untuk menghilangkan cela ini.

S: Mengapa tidak gunakan SUS316 yang lebih kuat rintangan terhadap karat, termasuk klorida dan persekitaran bergaram?

SUS304 adalah bentuk keluli tahan karat paling lazim digunakan di seluruh dunia disebabkan nilai dan rintangan kakisannya yang hebat.

SUS304 boleh menahan kakisan daripada kebanyakan asid pengoksidaan, menjadikannya mudah dicuci dan disanitasi. Oleh itu ia lebih sesuai untuk produk rumah di mana pembersihan akan sering dibuat.

Selain itu, SUS316 mempunyai kos lebih tinggi (lebih kurang 40% lebih tinggi) daripada SUS304, dengan kualiti rintang karat yang serupa, cuma dengan tambahan rintang persekitaran bergaram, yang bukan hal biasa. Kos yang lebih tinggi ini akan menyebabkan harga jualan produk lebih tinggi, menjadikannya tidak ideal untuk produk rumah seperti penapis air rumah.

Q: Why is my water so dirty after a water disruption?

Biasanya terdapat mendapan di dasar tangki air.

Apabila tangki air menjadi kosong semasa berlaku gangguan air, air yang baharu masuk selepas bekalan pulih akan mengocak mendapan ini dan mencampurkannya dengan air, menyebabkan air menjadi keruh atau perang selepas gangguan air.

Untuk mengelakkan ini dari berlaku,

1. Apabila berlaku gangguan air, sentiasa ingat untuk menutup Injap 2.

2. Selepas bekalan air pulih, air akan kelihatan perang atau berwarna. Tetapi jangan bimbang, anda boleh melakukan cucian semula untuk mendapat kembali air bersih. Sila tonton video ini tentang cara melakukan cucian semula: https://www.youtube.com/watch?v=4XlX53w5zR4

3. Gangguan bekalan air boleh menyebabkan ‘sendat udara’ (masalah yang timbul apabila semua air daripada tangki storan air habis digunakan) Untuk mengelakkan sendat udara, cuba jangan gunakan kesemua air dalam tangki.

4. Sekiranya penapis luar rumah siri ER anda mengalami kebocoran dari injap pelepasan udara, anda boleh membaikinya sendiri. Sila tonton video bimbingan ini: https://www.youtube.com/watch?v=m45UgiLQwaI

S: Adakah saya perlu menggantikan pasir kuartza + batu khas?

Pasir kuartza dan batu khas bertindak sebagai lapisan dasar yang menyokong penurasan untuk memastikan cucian semula yang berkesan dan melindungi saliran penapis.

Selepas beberapa waktu, tahap kerapatan dan kerataan pasir dan batu akan berkurangan dan menjejaskan pengaliran air dalam penapis.

Menggantikan pasir kuartza dan batu khas akan membantu penapis mengekalkan prestasi yang optimum.

Makmal kami telah menganggarkan jangka hayat lebih kurang 10 tahun sebelum memerlukan penggantian.

S: Bagaimanakah untuk saya tahu sama ada saya perlu menggantikan pasir kuartza dan batu khas atau hanya menggantikan CAD?

Karbon dan antrasit (CAD) adalah media penurasan utama dalam penapis air siri-ER, oleh itu untuk mengetahui sama ada CAD masih berfungsi secara optimum atau tidak, faktor yang ketara ialah kualiti air.

Makmal kami telah menganggarkan jangka hayat lebih kurang 5 tahun sebelum CAD perlu diganti.

Sebaliknya, pasir kuartza dan batu khas bertindak sebagai lapisan dasar yang menyokong penapisan untuk memastikan cucian semula yang berkesan dan melindungi saliran penapis. Oleh itu untuk mengetahui sama ada pasir kuartza dan batu khas masih berfungsi secara optimum atau tidak, faktor yang ketara ialah aliran air.

Makmal kami telah menganggarkan jangka hayat lebih kurang 10 tahun sebelum memerlukan penggantian.

S: Mengapakah pasir kuartza dan batu khas sangat mahal?

Pasir kuartza dan batu khas dipilih khusus dan dihasilkan pada margin yang halus untuk mencapai tahap kecekapan yang optimum bagi media penurasan dalam saiz-saiz model penapis ER kami.

Kos penapis datang terutamanya daripada bahan yang digunakan dan masa yang dihabiskan untuk setiap pembuatan – untuk memastikan penapis boleh bertahan selama bertahun-tahun, malah berdekad.

S: Adakah air daripada penapis air luar rumah Siri-ER boleh diminum?

Penapis air luar rumah Siri-ER menapis sehingga 5 mikron dan tidak dapat menyingkirkan sepenuhnya mendapan, logam berat, klorin dan bakteria.

Oleh itu, kami mencadangkan anda memasang penapis air pada titik guna seperti penapis pili dalam rumah untuk menapis air sehingga 0.2 mikron bagi mendapat air yang boleh diminum terus.

S: Adakah tekanan air akan terjejas?

Tekanan air tidak akan terjejas

S: Berapa lamakah masa diambil untuk melakukan cucian semula kepada penapis luar rumah?

Cucian semula biasanya mengambil masa lebih kurang 5 minit. Semasa proses ini, anda disyorkan untuk memantau air sehingga ia jernih.

S: Bolehkah saya memilih penapis air luar rumah yang lebih besar daripada saiz yang dicadangkan untuk rumah saya?

Ya, anda boleh memilih yang lebih besar – tetapi tidak yang lebih kecil.

Sekiranya penggunaan air dalam rumah adalah tinggi, anda tidak harus memilih saiz penapis yang lebih kecil kerana ia akan menjadi kotor dengan cepat dan tekanan air boleh terjejas.