fbpx




Reliability, All but Guaranteed

 

Teman karib anda di dapur

Penapis air boleh diminum terus, seperti yang anda mahukan

Penapis Air Dapur Diminum Terus Siri-BS

Kenapa Penapis Air Siri-BS?

 

  • Penapis Air dengan Teknologi British di Malaysia Sejak 1982
    Keutuhan dan jaminan kualiti dengan sejarah yang kaya dan inovasi berterusan di Malaysia
  • Kasing daripada Keluli Tahan Karat Gred Makanan 304 untuk Penapis Air Anda
    Bukan sebarang keluli tetapi keluli tahan karat berkualiti premium yang mendapat perakuan gred makanan untuk memastikan yang terbaik untuk kesihatan dan kesejahteraan anda
  • Penyelenggaraan Penapis Air yang Mudah
    Mudah dicuci dan diganti sendiri – tiada lagi janji temu dengan juruteknik untuk penyelenggaraan.

Penapis air dapur dengan keluli tahan karat Siri BS Bacfree menyediakan penyelesaian yang jelas dan mudah untuk menyediakan air minum yang bersih dan sihat untuk anda.

Dengan elemen penapis Bacfree yang amat berkesan berserta penapisan nyahjangkit yang boleh dipercayai, kini anda boleh meminum air paip bertapis dari paip anda tanpa perlu memasaknya, justeru menjimatkan masa dan tenaga anda.

Penapis air dan penulen Siri BS menggunakan keluli tahan karat gred makanan 304 yang berkualiti tertinggi dan direka bentuk untuk tahan sepanjang hayat.

BS3 Direct Drinking Countertop (Sink Top) Kitchen Water Filter

Penapis Air Dapur Diminum Terus BS3 untuk Kaunter Dapur (Atas Sinki)

  • Output: 300 liter/jam
  • Tinggi: 350mm
  • Diameter: 60mm
  • Berat bersih: 2.5kg
  • Ruang minimum yang diperlukan (tinggi): 615mm

Direka untuk lekapan atas sinki dan kaunter dapur, bekalan air boleh diambil dari bawah untuk diminum terus.

Jika anda mencari penapis air yang tidak mengambil ruang yang banyak supaya dapur anda kekal bersih dan kemas, penapis BS-3 sangat sesuai untuk anda.

Dilekapkan di atas sinki, penapis BS-3 dengan reka bentuk kecil dan nipis, dengan kemasan keluli tahan karat menjadikannya padan dengan keseluruhan set sinki dapur anda tanpa kelihatan ketara.

Selepas dipasang, anda boleh meminum air terus dari penapis air BS-3 pada bila-bila masa, tanpa perlu memasaknya terlebih dahulu.

BS3A Portable Sink Top Direct Drinking Kitchen Water Filter

Penapis Air Dapur Diminum Terus Atas Sinki Mudah Alih BS3A

  • Output: 300 liter/jam
  • Tinggi: 350mm
  • Diameter: 60mm
  • Berat bersih: 2.5kg
  • Ruang minimum yang diperlukan (tinggi): 615mm

Reka bentuk atas singki atau berdiri atas kaunter dapur mudah alih boleh disambung terus kepada pili dapur untuk air yang boleh diminum terus.

Jika anda tidak mahu penapis air anda dipasang atau dilekap kekal di atas sinki, penapis air BS-3A memberikan anda fleksibiliti untuk mengalihnya apabila anda ingin mengemas atau mengubah susun atur sinki dapur anda.

BS3A boleh berdiri sendiri tanpa memerlukan pemasangan. Hanya sambungkan kepada pili dapur anda dan dapatkan air bertapis boleh diminum terus dengan mudah.

BS8 Under Counter Direct Drinking Kitchen Water Filter

Penapis Air Dapur Diminum Terus Bawah Kaunter Dapur BS8

  • Output: 300 liter/jam
  • Tinggi: 300mm
  • Diameter: 60mm
  • Berat bersih: 2kg
  • Ruang minimum yang diperlukan (tinggi): 400mm

Direka bentuk untuk pemasangan bawah sinki atau bawah kaunter dapur dengan akses mudah kepada elemen penapis, untuk air bertapis diminum terus.

Adakah anda penggemar sinki dapur yang bersih dan kemas? Penapis air bawah sinki BS-8 dilekapkan di bawah sinki, di dalam kabinet dapur anda. Ia tidak kelihatan namun terus berfungsi menyediakan anda air bersih diminum terus.

Dengan cara ini, anda boleh mendapat air bertapis daripada pili, tanpa menampakkan penapis air di atas sinki dapur anda!

Bagaimanakah Penapis Air Dapur Siri-BS berfungsi?

Terdapat 3 jenis elemen penapis yang berbeza (penapis di dalam) dalam penapis air siri-BS yang anda boleh pilih:

Swiss-Tech Filter Element for BS-Series Kitchen Water Filter

Elemen Penapis Swiss-Tech

  • Menyingkirkan mendapan bakteria berbahaya, klorin, kimia organik dan logam berat
  • Dengan Disinfeksi Ion Perak
  • Menulen sehingga air diminum terus
  • Dibuat di Switzerland
Multi-tech Filter Element for BS-Series Kitchen Water Filter

Elemen Penapis Multi-Tech

  • Menyingkirkan mendapan bakteria berbahaya, klorin, klorimina, kimia organik dan logam berat
  • Dengan Disinfeksi Ion Perak
  • Menulen sehingga air diminum terus
  • Dibuat di England
pH Tech Filter Element for BS-Series Water Filters

Elemen Penapis pH-Tech

  • Menyingkirkan mendapan bakteria berbahaya, klorin, klorimina, kimia organik dan logam berat. Meningkatkan paras pH air
  • Dengan Disinfeksi Ion Perak
  • Menulen sehingga air diminum terus
  • Dibuat di England
BS-Series Kitchen Water Filters Filtration Layers

Semua penapis air siri-BS didatangkan dengan Elemen Penapis Swiss-Tech di dalamnya. Selepas tamat jangka hayat elemen penapis (12 bulan), anda boleh memilih untuk menukarnya kepada Multi-Tech atau pH-Tech.

Terdapat dua lapis penurasan pada elemen penapis air paip siri-BS.

Lapisan penapis yang pertama ialah penapis seramik boleh cuci yang menyingkirkan partikel sekecil 0.2 mikron dan organisme berbahaya. Ia juga mempunyai ion perak germisid yang bertindak sebagai disinfektan yang merencat pertumbuhan bakteria dalam matriks penapis.

Lapisan penapis kedua ialah penapis karbon teraktif dibahagian dalam yang menyingkirkan rasa dan bau tidak enak, klorin, organisme berbahaya, logam berat dan klorimina (multi-tech dan pH-tech).

Hasilnya – air yang bersih dengan kualiti tahan lama dari pili air dapur anda sendiri yang boleh diminum terus!

Dengan penapisan yang menyeluruh melalui elemen penapis, memasak air tidak lagi diperlukan untuk minum. Oleh itu, meminum air bertapis terus dari pili yang bersambung dengan penapis air siri-BS adalah selamat.

Penyelenggaraan penapis air: Bagaimana untuk membersihkan elemen penapis air Siri-BS saya.

Membersih dan menyelenggara penapis air siri-BS adalah mudah dan ringkas.

Untuk memastikan air bertapis kekal bersih dan menyihatkan, cuci elemen penapis sekali seminggu. Bagaimanakah cara mencucinya? Ia adalah proses yang mudah:

Langkah 1
Hanya buka skru/pusing penutup penapis (tidak memerlukan sebarang alat). Ini akan membolehkan anda mengeluarkan penapis dengan hanya membuka skru/memusingnya.

Langkah 2
Apabila anda menerima penapis air siri-BS baharu anda, anda juga akan mendapat satu span khas untuk mencuci permukaan elemen penapis. Gunakan span ini untuk mencuci elemen penapis dengan air.

Langkah 3
Selepas elemen bersih, masukkan kembali ke dalam penapis air dengan memutar skru/ memusingnya kembali ke dalam penutup dan rumah penapis air. Elemen penapis anda kini sudah bersih dan sedia untuk digunakan.

Selepas setiap 1 tahun atau 5,000 liter penggunaan, elemen penapis perlu diganti. Hanya beli satu elemen penapis baharu daripada Bacfree dan gantikan penapis lama dan siap!

Soalan-soalan lazim tentang Penapis Air Dapur Siri-BS

S: Adakah saya perlu mendidihkan air sebelum meminumnya?

Tidak perlu.

Elemen penapis boleh menyingkirkan semua partikel dari sekecil 0.2 mikron.

Pada masa yang sama, 99% daripada organisme berbahaya (escherichia coli, sista giardia, seratia merscends, alga, sista) akan juga ditapis.

Oleh itu, meminum air bertapis terus daripada penapis adalah selamat.

S: Adakah sebarang penyelenggaraan diperlukan? Bagaimana?

Elemen penapis memerlukan pembersihan berkala, biasanya sekali seminggu bergantung kepada kekeruhan dan penggunaan, untuk mengekalkan aliran biasa.

S: Apa itu Kekeruhan / NTU?

Kekeruhan ialah ukuran kejelasan air.

Jumlah bahan yang terampai dalam air mengurangkan pancaran cahaya melalui air.

Bahan-bahan terampai termasuk tanah, partikel (tanah liat, kelodak dan pasir), alga, plankton, mikrob dan lain-lain.

S: Adakah penapis juga akan menyingkirkan mineral yang bermanfaat?

Tidak. Mineral semula jadi yang bermanfaat seperti Kalsium dan Magnesium akan kekal dalam air.

S: Adakah sebarang bekalan kuasa elektrik diperlukan?

Reka bentuk penapis yang ringkas tidak memerlukan elektrik semasa ia beroperasi.

S: Adakah air bertapis ini boleh diminum?

Ya. Penapis air Siri-BS mengandungi elemen penapis daripada seramik dan karbon yang menapis sehingga 0.2 mikron dan dengan kasing daripada keluli tahan karat gred makanan 304, air bertapis ini sesuai diminum terus tanpa perlu dimasak.

S: Adakah penapis air paip Siri-BS mempunyai sistem pendidihan?

Tiada sistem pendidihan dalam penapis air paip Siri-BS.

S: Bolehkah penapis air paip Siri-BS menapis bakteria dan kuman?

Elemen penapis air paip Siri-BS boleh menyingkirkan bakteria berbahaya, mendapan, klorin, kimia organik dan logam berat dengan disinfeksi ion perak.

S: Sejauh manakah bersihnya air bertapis ini?

Penapis air Siri-BS boleh menapis sehalus 0.2 mikron dan dengan disinfeksi ion perak, bakteria dan organisme berbahaya juga turut disingkirkan.

S: Berapa kerapkah saya perlu melakukan penyelenggaraan kepada penapis air ini?

Penyelenggaraan penapis air Siri-BS adalah mudah dan ringkas. Untuk memastikan penapis air anda sentiasa dalam keadaan baik, bersihkan elemen penapis sekali seminggu.

Bagaimana?

Langkah 1
Hanya buka skru/pusing penutup penapis (tidak memerlukan sebarang alat). Ini akan membolehkan anda mengeluarkan penapis dengan hanya membuka skru/memusingnya.

Langkah 2
Apabila anda menerima penapis air siri-BS baharu anda, anda juga akan mendapat satu span khas untuk mencuci permukaan elemen penapis. Gunakan span ini untuk mencuci elemen penapis dengan air.

Langkah 3
Selepas elemen bersih, masukkan kembali ke dalam penapis air dengan memutar skru/ memusingnya kembali ke dalam penutup dan rumah penapis air. Elemen penapis anda kini sudah bersih dan sedia untuk digunakan.

Selepas setiap 1 tahun atau 5,000 liter penggunaan, elemen penapis perlu diganti. Hanya beli satu elemen penapis baharu daripada Bacfree dan gantikan penapis lama dan siap!

S: Berapa kerapkah saya perlu membersihkan penapis air ini?

Seelok-eloknya, anda boleh membersihkan elemen penapis sekali setiap 3 hari. Walau bagaimanapun, jika kurang digunakan, mencuci sekali seminggu sudah mencukupi.

S: Bolehkah saya memasang penapis air paip Siri-BS jika tekanan air di rumah saya rendah?

Anda masih boleh memasang penapis air dengan tekanan air rendah. Walau bagaimanapun, tekanan air akan kekal rendah.

Anda disyorkan untuk menyelesaikan isu tekanan air tersebut dengan kontraktor atau tukang paip sebelum memasang penapis air bagi mengelakkan sebarang masalah.

S: Apakah perbezaan antara BS3, BS3A dan BS8?

BS3 adalah penapis air paip yang dipasang di atas sinki atau kaunter dapur di mana sumber air dibekalkan dari bawah.

BS3A adalah penapis air paip mudah alih atas sinki atau kaunter dapur yang boleh disambung terus kepada pili dapur.

BS8 adalah penapis air bawah sinki yang direka bentuk untuk dilekapkan di bawah kaunter dapur supaya tidak kelihatan.

S: Apakah perbezaan antara Swiss Tech, Multi-Tech dan pH-tech?

Terdapat 3 jenis elemen penapis gantian, Swiss-tech, Multi-tech, dan pH-tech.

Elemen Swiss adalah penapis yang ringkas dan boleh dipercayai.

Multi-tech mempunyai fungsi tambahan untuk menapis klorimina (sejenis produk sampingan klorin dalam air).

Dan pH-tech mempunyai batu mineral tambahan di dalam penapis untuk memberikan lebih air mineral beralkali.