fbpx

Bacfree Bukan sebuah Produk Mahupun Jenama, Ia adalah Gaya Hidup.

Bacfree bukan sekadar penapis air.

Sebagai sebuah komuniti, kami turut bersama-sama menjaga kesihatan dan kesejahteraan anda dan melakukan yang terbaik untuk memberikan anda perkhidmatan sebaik mungkin, kerana kami ambil berat.

Sesiapa sahaja boleh menjanjikan kualiti terbaik, harga terbaik dan produk terbaik.

Tetapi kami akan sentiasa menjanjikan anda perkhidmatan terbaik yang kami boleh tawarkan – dan kami akan sentiasa mendahulukan anda sebelum yang lain.

Bacfree bukan sebuah produk mahupun jenama, ia adalah gaya hidup.

Dahulu, Orang Sangka Kami Tidak Siuman

Pada 1982, apabila Encik Chee Sze Hsien mula-mula memperkenalkan penapis air di Malaysia, kawan-kawan dan ahli keluarga beliau terfikir apakah beliau akan gagal dalam usaha niaga tersebut.

Namun terbukti, beliau benar-benar adalah seorang perintis.

Hari ini, penapis air adalah suatu keperluan di rumah dan premis perniagaan.

Menerajui Industri Penapisan Air di Malaysia

Bacfree terus menjadi peneraju dalam industri, memperkenalkan beberapa produk inovatif ke dalam pasaran seperti sistem penuaian air hujan (RWHS) di Malaysia.

Dr Chee Chung Yee memperjuangkan konsep baharu ini di Malaysia, dan permintaan terhadapnya terus meningkat secara konsisten apabila orang ramai semakin peka terhadap isu-isu alam sekitar.

Cik Chee Chung Yen, seorang graduan MBA dari UK, menerapkan amalan-amalan pengurusan modern yang membolehkan syarikat berkembang di peringkat serantau.

Hari ini, Bacfree berada di Indonesia, Vietnam, Thailand, Filipina dan Singapura, dan dikenali ramai sebagai pakar peneraju dalam sistem penapisan air di rumah, komersial dan industri.

Memilih Profesionalisme, Berkongsi Yang Terbaik

Hari ini, Bacfree terus berkembang pesat sebagai peneraju, bertunjangkan semangat perintis pengasasnya, menyediakan penyelesaian penapis air terbaik di Malaysia, dengan cawangan di seluruh Selangor, Pulau Pinang, Melaka dan Johor.

Bacfree History

Komitmen Kami

Sebahagian besar daripada planet kita ialah air, namun air minuman yang bersih tidak tersedia untuk semua orang.

Di sebalik arus kemodenan, isu ini kekal suatu cabaran buat kita.

Proses mengeluarkan air bersih daripada air hujan atau air kumbahan tidak terawat adalah langkah penting dalam mengekalkan sumber berharga ini untuk kegunaan kita.

Kami percaya semua orang berhak mendapat akses kepada air bersih dan peranan kami adalah menyediakan air bersih terbaik yang kami mampu berikan, kepada mereka yang bergantung kepada perkhidmatan pengurusan air kami.

Kami komited untuk menyediakan sistem penapisan air yang mampan kepada komuniti dan industri.

Oleh itu, Bacfree terus berusaha membekalkan teknologi dan sistem penyampaian bagi memberikan air yang bersih, bertapis dan berkualiti tinggi kepada semua.

Kami juga mengambil bahagian dalam aktiviti kemasyarakatan dan aktif dalam mencari perkongsian untuk memenuhi tanggungjawab kami dalam memberi manfaat kepada kehidupan manusia.

Motivasi kami lahir daripada perasaan ikhlas kami terhadap isu alam sekitar, menangani keperluan sebenar komuniti dan mengelakkan pembaziran air.

Ini adalah supaya kita dapat meninggalkan warisan yang lestari kepada generasi masa hadapan.

Visi Kami

Untuk menjadi peneraju penyelesaian air bersih.

Misi Kami

Menyediakan penyelesaian air yang inovatif dan mampan kepada pelanggan.

Mengamalkan amalan terbaik dalam industri bagi memastikan kecemerlangan operasi.

Meningkatkan kesejahteraan para pekerja kami melalui pembangunan bakat yang berterusan.

Penyataan Misi Kami

Untuk menyediakan kualiti standard emas terbaik bagi air bersih untuk kegunaan individu, komuniti dan industri.