Masih Alami Masalah Air Yang Kotor? Bau Air Kurang Menyenangkan? Dan Rasa Yang Tidak Enak?

Air adalah sumber utama kepada kita semua. Pada kenyataan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa kemudahan untuk mendapatkan air yang bersih adalah hak asasi manusia, dan merupakan satu langkah penting dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat sedunia.

Persekitaran yang tercemar dan tiada perawatan adalah penyebab utama kita tidak mendapat air yang berkualiti dan bersih.

Bagaimana kita ingin mengatasi masalah ini?

Salah satu cara paling berkesan ialah dengan sistem penapisan air.

Apa itu sistem penapisan air?

Penapisan air mengunakan penapis air dapat menghilangkan kekotoran daripada air melalui satu halangan fizikal yang halus, samada melalui proses kimia atau proses biologi.

Penapis membersihkan air pada tahap yang berbeza untuk tujuan seperti pengairan, kegunaan harian, air minuman, akuarium, kolam dan kolam renang.

Anda perlu tahu bahawa minum air tanpa penapis adalah tidak selamat dan boleh membahayakan kesihatan kita, disebabkan oleh terdapat pelbagai kekotoran pada dasar air dan bahan cemar.

Apa yang ada dalam bekalan air anda? Ianya terdapat sedimen dan zarah, logam berat, bakteria, virus dan parasit, bahan kimia organik dan farmaseutikal, dan akhir sekali klorin.

Kebersihan air adalah satu kebimbangan bagi setiap perniagaan dan isi rumah.

Dan fakta ini telah membawa kepada kemunculan pelbagai proses penapisan air yang bukan sahaja membersihkan air, tetapi juga mengeluarkan apa-apa bau busuk daripadanya.

Selain itu, ianya juga boleh mengubah rasa yang kurang elok pada tekstur air.

Dengan teknologi yang terkini, sistem penapisan telah menggunakan pelbagai kaedah lebih baru dan karbon yang lebih baik.

Dengan kemunculan teknologi ini sistem penapis air lebih canggih dan kebersihan air telah meningkat dengan ketara.

Di manakah anda boleh dapatkan penapis air yang berkesan dan sangat berkualiti?

Tahukah anda dengan teknologi moden sekarang, terdapat syarikat-syarikat penapisan air yang menyediakan perkhidmatan penapisan mengikut kehendak anda.

 

Salah satu syarikat penapisan air yang disarankan adalah syarikat BACFREE. BACFREE yang sudah terkenal di lembah klang merupakan syarikat pengeluaran penapis air bagi kegunaan rumah dan industri.

BACFREE yang bertapak di Subang Jaya sebagai ibu pejabat, juga mempunyai 3 lagi cawangan diseluruh negara iaitu Melaka, Johor dan Pulau Pinang.

BACFREE ditubuhkan sejak 1982 dan menjadi pilihan utama pelanggan sehingga kini.

Terdapat pelbagai jenis penapisan air dari BACFREE untuk kegunaan rumah seperti mesin dispenser, penapis air di dapur, penapis air luar rumah, dan sistem air ionizer.

Manakala untuk pengguna industri, syarikat ini menyediakan sistem penuaian air hujan, horeca untuk industri makanan dan minuman, sistem penapis berpusat, sistem pembasmian kuman UV, dan penyelesaian rawatan air.

Syarikat ini bertekad untuk menyediakan sistem penapisan air berkekalan kepada komuniti dan industri.

Prinsip BACFREE akan terus membekalkan sistem teknologi dan penyampaian untuk menyampaikan air bersih, ditapis, berkualiti tinggi untuk semua.

Terdapat ramai pelanggan yang sudah berpuas hati dengan perkhidmatan dari syarikat ini.

Bukan sahaja industri kecil tetapi banyak syarikat-syarikat ternama yang menjadikan BACFREE sebagai pilihan penapisan air mereka.

Dengan pelbagai anugerah yang telah diterima dan sambutan yang baik dari seluruh pelanggan mereka.

BACFREE adalah pilihan terbaik yang disarankan.

Fatin

Like this post

Leave a Reply

avatar
  Subscribe  
Notify of