fbpx

Adakah Air Yang Sudah Ditapis Dijamin Selamat Untuk Terus Diminum? Apakah Cara Untuk Pastikan Air Penapis Ditahap Yang Paling Bersih?

Proses penapisan air mempunyai banyak lapisan proses dan terdapat banyak jenis penapis air.

Penapisan utama yang ingin difokuskan disini adalah penapis di luar rumah dan juga di dalam rumah.

Proses penapisan air di luar rumah hanya tertumpu kepada proses perawatan air dari sumber utama air iaitu yang dibekalkan oleh kerajaan.

Dimana air dari loji ditapis dengan beberapa proses penapisan dan jenis lapisan sebelum air tersebut memasuki rumah dan diagihkan kepada pengunaan.

Walaupun sudah melalui proses penapisan akan tetapi ianya masih tidak selamat untuk diminum secara terus kerana masih mempunyai zarah-zarah yang berbahaya untuk kesihatan.

Langkah yang paling terbaik untuk proses penapisan terakhir adalah dengan memasang penapisan air di dapur rumah. Dimana ia adalah proses penapisan terakhir yang membuang zarah-zarah membahaya dan membekalkan mineral sesuai untuk terus diminum.

Dengan teknologi moden sekarang, terdapat penapis air yang membolehkan air tersebut selamat untuk diminum secara terus melalui paip penapis air.

Terdapat syarikat-syarikat yang menjual penapisan air di dapur rumah. Antara yang disarankan adalah syarikat BACFREE. Syarikat ini menjual satu jenis penapisan air didapur yang dipanggil Siri BS Penapis Paip. Gandingan sempurna untuk gaya dapur.

Bagaimanakah Siri BS Bacfree boleh membantu kesihatan pengguna? Siri BS ini terdapat elemen pembersihan premium yang mempunyai dua lapisan penapisan.

Lapisan pertama mengandungi lapisan seramik dan ion perak kuman. Lapisan seramik mampu menghilangkan zarah sekecil 0.2 mikron dan organisma yang berbahaya.

Manakala lapisan ion perak kuman bertindak sebagai disinfeksi yang menghalang pertumbuhan bakteria dalam matriks penapis. Lapisan kedua siri BS ini mengandungi karbon dalaman dan terdapat batu mineral. Gabungan unik karbon yang diaktifkan dapat menghilangkan rasa dan bau yang busuk.

Karbon juga berfungsi untuk menyingkirkan klorin. Manakala batu mineral pula meningkatkan kealkalian air dan membekalkan air dengan mineral yang bermanfaat iaitu kalsium dan magnesium.

Elemen BACFREE yang sangat berkesan dengan penapisan penyulingan terbaik yang bermakna kini pengguna boleh terus minum air paip yang ditapis tanpa perlu memasak atau mendidihkan air tersebut.

Dengan itu, ianya dapat menjimatkan masa dan tenaga. Siri BS BACFREE menggunakan kualiti tertinggi, gred keluli tahan karat BS304 dan direka untuk ketahanan seumur hidup.

Siri BS Bacfree mempunyai tiga jenis reka bentuk. Reka bentuk pertama adalah pada penapis permukaan sinki.  Direka bentuk untuk pemasangan atas sink yang mana bekalan air dari sumber di bawah sinki. Kekemasan pemasangan dimana tiada hos air yang akan terdedah dan kemudahan pemasangan.

Kedua adalah penapis reka bentuk bawah sinki, direka untuk pemasangan bawah sinki dengan akses mudah ke elemen penapis. Untuk bawah sinki ianya pemasangan bebas berpaut dan disambungkan kepada paip minuman.

Reka bentuk terakhir adalah penapis permukaan sinki mudah alih direka untuk membolehkan ia dipindahkan bila-bila masa dan dimana sahaja mengikut kehendak anda. Ianya disambung secara terus ke paip dapur dan disertakan dengan kepala putar 360 darjah.

Air adalah kehidupan dan kebersihan air adalah kesihatan.

Untuk kualiti hidup yang sihat, BACFREE membantu penguna untuk mendapat kualiti air ditahap terbaik.

BACFREE adalah pakar air yang dipercayai.

Like this post